Datuk antara 8 individu ditahan terlibat kes pindah milik tanah - KP Johor

  • 2 years ago
Polis menahan tujuh ahli lembaga pengarah (BOD) sebuah koperasi dan seorang pegawai pejabat tanah termasuk empat bergelar Datuk kerana dipercayai terlibat kes penipuan pindah milik tanah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) di Kluang.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat dalam sidang media hari ini berkata, semua suspek yang ditahan dalam Op Pekaka itu merupakan lelaki tempatan berusia 46 hingga 75 tahun.

Katanya, tanah bernilai pasaran lebih RM100 juta di daerah Kluang itu dipindah milik kepada sebuah syarikat persendirian tanpa pengetahuan dan kebenaran agensi berkenaan.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/1195698557668657/