JENAZAH seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, dipercayai menjadi mangsa dera selamat dikebumikan di Jasin, Melaka, tengah hari Isnin.
"Alhamdulillah Zubaidi Amir Qusyairi telah selamat dikebumikan di Jasin, Melaka," demikian kata salah seorang ahli keluarga angkat Allahyarham menerusi laman Instagramnya, tuhfahnazira.
"Babai adik," ujar Tuhfah Nazira menerusi aplikasi story di Instagram berserta emoji berbentuk hati dan lambai tangan.