'Terima kasih Allah pinjamkan kakak' - Madu Nurul Zahid meninggal dunia

  • 4 years ago
Anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid hari ini mengucapkan takziah atas pemergian Bahazanaria Baharudin yang meninggal dunia hari ini akibat penyakit barah.

Allahyarham Bahazanaria yang digelar sebagai Kak Nana menghembuskan nafas terakhir setelah bertarung barah tahap empat sejak Ogos lalu.

Allahyarham merupakan isteri pertama kepada suami Nurul Hidayah, Saiful Nizam.