Search
Library
Watch fullscreen
2 days ago|886 views

Terima kasih UAE, Malaysia balas 8 tan makanan

KiniTV
KiniTV
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid memberitahu kerajaan Malaysia akan menghantar sumbangan makanan berjumlah lapan tan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemberian itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada UAE yang memberi kit ujian kepada Malaysia yang berdepan dengan penularan pandemik Covid-19.

“UAE menderma kepada kita kit ujian Covid-19, dan kita balas hantaran mereka itu dengan barang-barang makanan kita.

“Ia sebagai sebagai tanda terima kasih kita kepada UAE yang sanggup nak beri kepada kita kit ujian," katanya selepas meninjau pemuatan makanan untuk diagihkan di pusat pengumpulan dan pengedaran makanan, Foodbank Malaysia di Bukit Angkat dekat Kajang semalam.