'Sebarang pengumuman mengenai sekatan Covid-19 akan datang dari saya'

  • 4 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob hari ini mengatakan bahawa beliau bertanggungjawab untuk mengumumkan sebarang keputusan yang dibuat mengenai sekatan perjalanan Covid-19, berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan.

Ketika berkempen untuk calon BN dalam pilihan raya Sabah, Ismail juga menolak berita palsu bahawa ada laporan yang mendakwa beliau atau Kementerian Kesihatan akan menetapkan perintah kuarantin wajib bagi rakyat Malaysia yang pulang dari negeri itu ke semenanjung.