"PM jemput saya datang bersantai," kata David Teo

  • 7 years ago
Pada malam Rabu lalu, kecoh di media sosial antara penerbit, Datuk David Teo 'ditampar' pelakon veteran, Mat Over kerana dikatakan bersikap 'kurang ajar' di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam program dialog Transformasi Nasional (TN50) di Putrajaya.

Kekecohan bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor, yang berperanan sebagai moderator didakwa hanya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.

Kemudian, David Teo menyampaikan pantun kepada Najib sebelum tiba-tiba ditampar oleh Mat Over.

"Sekali itu ombak sampai ke pantai..." ucap David Teo sebelum pantunnya terhenti di situ.

Baru-baru ini, pihak krew Metrowealth Pictures ada menemuramah David Teo bagi mendapatkan misteri penyudah pantunnya.

"PM jemput saya datang bersantai," katanya.

Video tersebut dimuat naik Metrowealth Pictures di Youtube.

Recommended