Skip to playerSkip to main content
  • 5 years ago
Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun hari ini mempertahankan tindakannya untuk menangguhkan sidang Dewan Rakyat selama 10 minit sebelum sesi pengundian belah bahagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 semalam.

Menurutnya, perkara itu telah pun diberitahu pada 11 Ogos dan beliau tidak menerima sebarang bantahan daripada mana-mana ahli Parlimen.

Semalam, ahli parlimen pembangkang membantah penangguhan sesi Dewan Rakyat berikutan kehadiran ahli parlimen kerajaan yang tidak mencukupi untuk memulakan proses pengundian.

Category

🗞
News

Recommended