COVID-19 di Malaysia: Bilangan sembuh sekali lagi melebihi kes baru
  • 4 years ago
Malaysia hari ini mencatatkan satu kematian baru akibat Covid-19 dan 88 kes baru.

Ini menjadikan jumlah korban di Malaysia akibat wabak itu ialah 96 dengan 5,691 kes jangkitan direkodkan.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa 121 lagi pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sepenuhnya daripada wabak itu ialah 3,663 atau 64.4 peratus.

Dengan mengambil kira pesakit yang sembuh, kes aktif Covid-19 di Malaysia yang sedang menerima rawatan ketika ini ialah 1,932.