COVID-19 di Malaysia: 134 kes baru, 168 sembuh, 1 kematian
  • 4 years ago
Wabak Covid-19 meragut seorang lagi nyawa di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban akibat wabak berkenaan ialah 77.

Dalam sidang medianya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan ebanyak 134 kes baru dicatatkan, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan yang direkodkan sebanyak total, 4,817 kes.

Jumlah kes pulih adalah sebanyak 168, menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah sebanyak 2,276, iaitu 47.3 peratus. Ini bermakna, jumlah kes aktif adalah 2,464.