Covid-19 di Malaysia- 59.3 peratus pulih, 84 kes baru, 1 lagi korban
  • 4 years ago
Buat kali keempat dalam minggu ini, Malaysia mencatatkan kes baru harian Covid-19 di bawah paras 100.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 84 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 yang direkodkan di Malaysia ialah sebanyak 5,389 kes.

Dengan mengambil kira 59.3 peratus atau 3,197 yang sudah pulih termasuk 95 yang dilapor pulih hari ini, kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 2,103 kes.

https://www.malaysiakini.com/news/521458