Hospital swasta di Ampang dilanda banjir kilat

  • 4 years ago
Hujan lebat lebih dua jam petang semalam menyebabkan berlakunya banjir kilat di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Zaid Hassan berkata kawasan tempat letak kereta di hospital berkenaan dinaiki air pada kira-kira 5 petang.

Air bagaimana surut beberapa jam kemudian.

Tiada laporan dibuat pihak hospital setakat ini