KKM_ Tiada integrasi data dengan makmal swasta punca pesakit lewat ke hospital

  • 4 years ago
Terdapat kelewatan menghantar pesakit positif Covid-19 ke hospital kerana tidak ada integrasi data antara beberapa makmal swasta dan Kementerian Kesihatan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.



Ketua Pengarah Kesihatan itu memberitahu sidang media hari ini bahawa perkara itu menyebabkan pesakit yang didapati positif terpaksa menunggu di rumah masing-masing selama beberapa hari sebelum dijemput oleh ambulans.