Hospital swasta dilibat jadi PPV Program Imunisasi Covid-19

  • 3 years ago
Hospital swasta akan dilibatkan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam Fasa 2 dan 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Katanya, penglibatan itu mengambil kira cadangan hospital swasta yang tidak mahu terkecuali dalam menggembleng tenaga bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80% penduduk Malaysia menerima vaksin tercapai.