Gaji turun 50%, cuba bayangkan, macamana tak mogok

  • 5 years ago
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq dalam ucapannya antara lain berkata beliau akan membawa isu itu kepada perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

"(Syarikat) untung berjuta tetapi pekerja tidak terbela...Bagi syarikat besar yang mendapat untung tinggi, mereka patut bertanggungjawab terhadap pekerja.

"Malah ada rider yang diugut (jika sertai mogok), ini jelas bertentangan dengan undang-undang. Kita tak boleh berpihak kepada korporat besar tetapi pada masa sama pekerja tertindas. Itu jelas salah. Saya akan bawa isu ini kepada perdana menteri," katanya yang turut menggesa agar Foodpanda kembali kepada skim pembayaran sebelum ini.