Mayat bergelimpangan, huru-hara polis mogok tidak dibayar gaji

  • 7 years ago
Rompakan, pembunuhan dan jenayah rogol berleluasa di negeri Espírito Santo, Brazil akibat tindakan anggota polis melancarkan mogok kerana tidak mendapat gaji.

Media Brazil melaporkan jenayah di Espirito Santo di utara Rio de Janeiro, meningkat mulai hujung minggu lalu.

Reuters melaporkan sehingga 50 orang terbunuh sejak huru-hara bermula di Espírito Santo, negeri berpenduduk 3.9 juta orang, terutama di bandar raya Vitoria yang berpenduduk dua juta orang. Rakaman video dan gambar menunjukkan kedai dipecah masuk serta mayat di jalanan.

Anggota polis pula berlindung dalam balas polis sejak melancarkan mogok mulai Sabtu lalu, menuntut gaji dibayar, tidak mempedulikan apa yang berlaku di luar.