'Ada negeri tertentu tulis surat minta wang kerana tak mampu bayar gaji'
  • 6 years ago
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan bahawa Sabah dan Sarawak tidak pernah meminta bantuan kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam pentadbiran negeri.

Sebaliknya, kata Lim, ada negeri tertentu yang menulis surat secara hitam putih meminta wang kerana tidak mampu membayar gaji.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim mengenai format kelulusan geran atau pinjaman kepada negeri daripada kerajaan Pusat.