Cadangan nama KPN dan Timbalan KPN diserah sehari, dua ini - Muhyiddin

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Cadangan senarai nama bagi pemilihan Ketua Polis Negara dan timbalannya akan diserahkan secara rasmi kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tempoh sehari dua ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senarai itu telah ditetapkan dan hanya difokuskan kepada beberapa nama sahaja.