Lagi acara beri hadiah sempena PRK DUN Semenyih

  • 5 tahun lalu
HULU LANGAT 25 Feb. - Baru saja ditegur kerana mengedar bubur lambuk kepada penduduk di Kampung Batu Tiga, Jalan Bangi Lama di sini, nampaknya Pakatan Harapan (PH) buat hal lagi.

Kali ini, seramai lapan penerima ibu tunggal yang menetap di Semenyih diberikan 'hadiah' berupa barangan dapur yang diletakkan dalam kotak besar dalam majlis Program Jalinan Silaturrahim Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Penyerahan Borang Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).