PRK Semenyih : 24 laporan polis bukan perkara besar

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 22 Feb. - 24 laporan polis yang dibuat sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih setakat ini bukanlah satu perkara yang besar.

Itu pandangan dilontarkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendapat, kesalahan yang dilaporkan itu merupakan perkara biasa dan pasti akan berlaku dalam setiap PRK.

Jelasnya, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk diselesaikan dan pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab.

Disyorkan