Kes viral seksual: DUKE buat laporan polis

  • 6 tahun lalu
IPOH 26 Ogos - Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini membuat satu laporan polis terhadap Syed Azmi dan selebriti tanahair, Wardina Saffiyah yang didakwa menyebarkan dakwaan seorang pelajar diliwat serta dicabul di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya baru-baru ini.

Mohd. Kazim yang hadir bersama ahli jawatankuasa pusat pendidikan tersebut membuat laporan berkenaan kira-kira pukul 3.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Tambah Mohd. Kazim, selain beliau, tiga lagi laporan polis akan turut dibuat hari ini oleh pihak mudir sekolah dan ibu-bapa pelajar.