'Dia tak bersalah'
  • 6 years ago
Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR akan menentukan sama ada bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli boleh bertanding pada pemilihan parti atau tidak berikutan kes mahkamah yang dihadapinya sebelum ini, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Terpulang kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) ikut cara mana tentukan sama ada PKR dibatal pendaftaran atau tidak. Ini kerana Rafizi sepatutnya tidak mempunyai apa-apa sabitan, beliau tidak bersalah, jadi apa salahnya beliau bertanding.

“Daripada segi parti tiada masalah untuk Rafizi bertanding...,” kata timbalan perdana menteri itu secara ringkas sewaktu ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
Recommended