Adakah kabinet arah SC keluarkan kenyataan Azam tak bersalah? - Gobind
  • 2 years ago
Seorang ahli parlimen meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan "kebaikan dan keburukan" berhubung kontroversi pembelian saham Azam Baki yang dibincangkan mesyuarat kabinet semalam.

Gobind Singh Deo (PH - Puchong) juga mempersoalkan sekiranya berlaku campur tangan oleh kabinet berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), dengan menegaskan sebaliknya Peguam Negara perlu menyiasat perkara itu.