Selagi Najib tidak didapati tidak bersalah, dia bersalah - Dr M
  • 2 years ago
Dr Mahathir Mohamad (Pejuang - Langkawi) hari ini sekali lagi membangkitkan mengapa bekas perdana menteri Najib Razak yang telah didapati bersalah oleh mahkamah, namun tidak menjalani hukuman.

Beliau juga mempersoalkan sekiranya kerajaan serius dalam mendapatkan semula wang negara yang telah diseleweng melalui skandal 1MDB.

Terdahulu Mahathir mempertikaikan peruntukan RM332 bilion bagi Bajet 2022, dengan mengatakan RM98 bilion daripada peruntukan tersebut adalah hutang.