Gabungan NGO rayu Agong halang demo ‘baju merah’

  • 9 years ago
Satu gabungan 20 NGO hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi merayu campurtangan baginda supaya menghalang perhimpunan ‘baju merah’ anti-BERSIH yang dijadualkan pada 16 September ini.

Bercakap kepada wartawan di luar perkarangan Istana Negara, Presiden Pro-Rakyat, Khairul Anuar Othman berkata publisiti himpunan itu memberi gambaran bahawa akan berlaku pertumpahan darah pada Khamis depan.

Selain Pro-Rakyat, NGO lain yang hadir termasuk Otai Reformasi 1998, National Interlok Action Team (Niat) dan Jingga13.