'Baju merah' himpunan Melayu saja, amat bahaya, kata Mahfuz

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar melabelkan bantahan ‘baju merah’ yang dijadualkan pada 16 September di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai satu perhimpunan kaum yang sangat bahaya dan boleh mencetuskan ketegangan di negara ini.

Katanya, walaupun menyokong hak untuk berhimpun, tetapi menganggapnya sebagai sesuatu yang amat berbahaya kerana akan menggalakkan perhimpunan satu kaum yang akhirnya menjebakan pemikiran masyarakat dalam kancah pertembungan satu kaum.