Demo 'baju merah' seperti sambutan Maulidur Rasul

  • 9 years ago
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Melayu Datuk Jamal Md Yunos memberi jaminan bahawa perhimpunan ‘baju merah’ pada 16 September ini adalah aman dan peserta akan berarak dari Bukit Bintang ke Padang Merbok, Kuala Lumpur seperti sambutan Maulidur Rasul.

Katanya, penganjur juga telah menghantar surat jemputan kepada PAS sebagai parti politik bagi menyertai bersama Umno pada hari berkenaan.