Polis: Tindakan menunggu penganjur bantahan di DBKL

  • 9 years ago
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berikrar akan bertindak terhadap penganjur bantahan di luar ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini.

Katanya, ini kerana penganjur telah gagal memaklumkan polis berhubung perhimpunan itu seperti yang disyaratkan mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Perhimpunan pagi ini dianjurkan oleh wakil rakyat Pakatan di Kuala Lumpur sebagai membantah tindakan DBKL yang bercadang mengkaji semula nilai hartanah di Lembah Kelang yang sekaligus akan menaikkan kadar cukai pintu.