Tempoh notis tak cukup 10 hari, polis siasat penganjur

  • 5 years ago
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya terhadap penganjur Himpunan Hari Wanita Sedunia yang berlangsung Sabtu lalu.Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata setakat ini lebih 50 laporan polis dibuat dan mereka disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.