Peniaga mengadu pada Suhakam dakwa dikasari DBKL, polis

  • 9 years ago
Sekumpulan peniaga bazar Uptown Danau Kota hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Suhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kerana mendakwa dikasari
penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DKBKL) dan polis.

Wakil kumpulan peniaga itu, Ahmad Fauzi Abdul Karim mendakwa dalam kejadian pada 27 November lalu, penguatkuasa DBKL merampas khemah dan barang niaga tanpa sebarang notis penyitaan.

Beliau turut mendakwa dua anggota polis berpakaian preman - tanpa menunjukkan kad kuasa mereka - telah bertindak menggari tiga peniaga dan menangkap seorang yang lain.

http://www.malaysiakini.com/news/215807

Recommended