Hadi: Muslim 'kakaktua' tolak hudud

  • 9 years ago
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam yang menolak Kanun Jenayah Syariah II Kelantan supaya tidak menggunakan istilah Islam untuk mewajarkan keengganan mereka menyokong undang-undang itu.

Katanya, golongan itu menggunakan istilah seperti Siyasah Syari’yyah (politik Islam), Maqasid Syari’ah (objektif syariah), Fiqh Aulawiyyat (memahami keutamaan), Maslahah (kepentingan awam) dan lain-lain.

Menurut Hadi, apabila membincangkan topik berat seperti ini, sangatlah tidak manis sekiranya mereka menjadi laksana burung kakaktua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya.