SKMM siasat kenyataan palsu 'Raja-raja tolak hudud'

  • 9 years ago
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan bertindak ke atas pihak atau individu yang mengeluarkan kenyataan palsu kononya Majlis Raja-raja menolak hudud daripada dilaksanakan di Kelantan.

Walau bagaimanapun, katanya, siasatan awal perlu dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab selain langkah untuk membersihkan institusi Raja-raja Melayu daripada tercalit akibat tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab.