Laporan Raja-raja tolak hudud: Penerbit, CEO TMI pula ditahan

  • 9 years ago
Asakan pihak berkuasa ke atas portal berita The Malaysian Insider diteruskan hari ini dengan penahanan pemimpin syarikat induknya Ho Kay Tat dan ketua pegawai eksekutif portal berkenaan, Jahabar Sadiq.

Kedua-dua mereka ditahan mengikut Akta Hasutan sebaik tiba ke ibu pejabat polis Dang Wang pagi ini.

Mereka pada awalnya tiba untuk memberi keterangan susulan penahanan tiga orang editor mereka semalam.