Raja Bahrin: Mengapa guna Akta Hasutan secara terpilih?

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tetap berpendirian pihak polis menggunakan Akta Hasutan (1948) secara tepilih.

Merujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, bahawa polis tidak menahan reman Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Mashitah Ibrahim kerana siasatan berjaya dijalankan dalam tempoh 24 jam, katanya ia sesuatu yang sukar diterima.