Najib umum Akta Hasutan kekal

  • 9 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengumumkan Akta Hasutan (1948) tidak akan dimansuhkan.

Sebaliknya, katanya undang-undang itu akan diperkuat dan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu melindungi kesucian Islam dan pada masa yang sama agama lain juga tidak boleh dihina serta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.