Exco Pulau Pinang mangsa terbaru Akta Hasutan

  • 9 years ago
Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin adalah mangsa terbaru yang disiasat mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat.

Beliau yang juga timbalan Ketua Pemuda PKR hadir di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk merakamkan kenyataannya hari ini.