KPDNHEP | Peniaga di Terengganu patuh harga siling ayam

  • 2 tahun lalu
Bekalan ayam di Terengganu mencukupi dengan peniaga mematuhi harga siling ayam yang ditetapkan oleh kerajaan bermula 1 Julai malah ada menjual pada harga lebih rendah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, Negeri Terengganu, Nor Azmi Lamisza berkata pihaknya berpuashati dengan pemantauan pada hari pertama pelaksanaan harga siling ayam yang baharu.