[TERKINI] PH gesa gekal harga siling ayam, subsidi minyak masak botol

  • 2 tahun lalu
Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan mengekalkan harga siling ayam dan telur serta subsidi minyak masak botol kerana pemansuhannya disifatkan sebagai tindakan separuh masak dan tergesa-gesa.

Dalam satu kenyataan Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH menggesa kerajaan mengkaji semula pemansuhan harga siling dan subsidi yang berkuat kuasa 1 Julai ini kerana ia akan menyebabkan kadar inflasi meningkat serta membebankan rakyat.