Harga Siling Ayam | Boleh kenakan caj pemprosesan
  • 2 tahun lalu
Tidak menjadi satu kesalahan dalam kalangan peniaga-peniaga ayam mentah untuk mengenakan caj pemprosesan termasuk selepas penguatkuasaan harga siling runcit ayam standard iaitu rm9.40 sekilogram bermula 1 Julai.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid menyatakan caj yang dikenakan terutama upah memotong ayam perlulah munasabah dan tidak melampau.