Beban guru kurang 25 peratus - Menteri

  • 5 years ago
Berita gembira kepada para guru seluruh negara apabila bebanan tugas golongan pendidik itu dijangka dapat dikurangkan sehingga 25 peratus selepas ini.

Ianya menerusi pelaksanaan lima inisiatif yang telah dirangka Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

Kesemua inisiatif berkuat kuasa serta-merta itu juga merupakan perancangan jangka pendek di bawah bahagian proses pengajaran yang menjadi tumpuan utama Kementerian Pendidikan tahun ini.

Pengenalan lima inisiatif tersebut turut disusuli sembilan intervensi diperkenalkan kementerian berkenaan bagi memastikan guru kembali kepada tugas hakiki untuk mendidik, bukannya melakukan kerja-kerja lain termasuk perkeranian.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Amanat Menteri Pendidikan tahun 2019 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, semalam