Perlu lebih masa beri royalti minyak 20 peratus - Menteri

  • 6 years ago
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri pengeluar mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan kerana ia terikat dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Kata Mohamed Azmin, pindaan Akta Pengeluaran Petroluem (PDA) 1974 perlu dilakukan jika cadangan pemberian 20 peratus itu mahu dilaksanakan.

Mohamed Azmin menjawab soalan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Madius Tangau yang mahu mengetahui bilakah Kerajaan Persekutuan melaksanakan pemberian 20 peratus royalti kepada negeri pengeluar minyak.

Manifesto PH menyebut kerajaan akan menyemak semula Perjanjian 1963 termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak.