• 2 minutes ago
Daripada petikan gitar dan alunan suara di tepi jalan, hingga ke pentas besar Para SUKMA Sarawak 2024.

Muzik menjadi wadah buat Syafieqah Marzuki atau Ekah untuk terus berkarya, berkongsi bakat dan menjana pendapatan, walaupun berdepan cabaran kecederaan saraf tunjang.

Ikuti kisah penggiat seni jalanan ini yang disediakan wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir.
Transcript
00:00Daripada petikan gitar dan alunan suara di tepi jalan hingga ke pentas besar para Sokma Sarawak 2024,
00:09muzik menjadi wadah buat Syafiqah Marzuki atau Ika untuk terus berkarya, berkongsi bakat dan menjana pendapatan
00:16walaupun berdepan cabaran kecederaan saraf tunjang.
00:20Ikuti kisah penggiat seni jalanan dari Sibu ini yang disediakan wartawan Astro Awani, Khalis Qadir.
00:31Ku cinta dia, ku sayang dia, ku rindu dia, inginkan dia.
00:41Saya Lissa Ika Talis cari makan. Salamu Ika.
00:59Ya, muzik seperti inilah sememangnya mempunyai cara tersendiri kan Ika untuk menyatukan pelbagai latar masyarakat tanpa mengira latar belakang.
01:10Dan sudah tentu di Sarawak ini, bakat seperti ini juga lah yang menjadi tumpuan oleh kerajaan negeri Sarawak yang terus
01:16diperkasakan.
01:17Dan ya, Ika adalah salah satu buktinya. Sampai ke pentas Sokma Ika.
01:36Saya mula mencuburi bidang basking ni dalam 2021 atau 2020 kalau tak silap.
01:46Mula mencuburi bidang basking bersama Sibu basker lah.
01:51Saya aksiden pada tahun 2011 kalau tak silap.
01:58Di usia saya 18 tahun pada waktu tu, kecederaan tulang belakang, spinal cord.
02:04Ya, itu mengakibatkan kaki lah.
02:08Tapi yang lain semua elok lagi, just kaki.
02:12Spinal cord injury, ya.
02:14Tapi kalau tak silap sebelum saya aksiden pun saya dah menyanyi tapi jarang.
02:19Tapi selepas saya kena macam ni, lagi saya banyak masa dengan gitar dan dengan basking macam ni lah.
02:24Kerajaan negeri Sarawak pun kalau diorang buat satu event, diorang memang akan menjemput kami.
02:31Lagi-lagi macam saya, contohnya macam ada event untuk OKU.
02:36Diorang memang akan menjemput saya untuk menyanyi dalam event tu lah.
02:41Untuk macam, contohnya macam ada persembahan yang sukan.
02:47Kalau tak silap, Sukma.
02:49Ya, para Sukma.
02:50Saya memang menyanyi atas stage tu.
02:52Yang stage besar tu, saya seorang dia dekat situ.
02:55Bantuan tu memang ada untuk saya dan bila saya dijemput pun,
03:00diorang memang akan mengutamakan bajet untuk,
03:03yelah seperti saya, berwheelchair memang diorang akan menyediakan bajet tu.
03:09Dan kalau macam awak cakap tadi, bantuan tu memang ada untuk saya, untuk OKU.
03:16Sebulan lah, sebulan-sebulan macam tu memang ada.
03:21Ya, jadi inilah gambaran yang ingin kami bawakan.
03:24Sekali-sekali bersama Juru Kambera, Salihin Hussein Esrawani.
03:28Sikit lagi ikan.
03:31Oh Tuhan, ku cinta dia, ku sayang dia, rindu dia, inginkan dia.

Recommended