00:00Baik, dua kapal tangki minyak dilaporkan terbakar selepas dipercayai terkena periuk api laut ketika cuba melalui laluan tanpa kebenaran di
00:08Selat Hormuz.
00:09Menurut Angkatan Laut Korp Pengawal Revolusi Islam Iran, IRGC, kedua-dua kapal itu cuba melintasi perairan berkenaan tanpa dikesan dengan
00:17sistem radar dimatikan.
00:22Pejabat Perhubungan Awam Angkatan Laut IRGC memaklumkan salah sebuah kapal terbabit merupakan kapal tangki minyak besar sangat besar.
00:31Menurut kenyataan itu, kebakaran pada kapal berkenaan begitu besar sehingga cahayanya menerangi pantai selatan Selat Hormuz.
00:37Angkatan Laut IRGC turut memberi amaran kepada pemilik kapal dan syarikat pekapalan supaya tidak melalui laluan strategi itu tanpa berkoordinasi
00:45dengan Pusat Kawalan Trafik Meritimnya.
00:48Pengumuman itu menyusuli laporan letupan di bandar pelabuhan JAS Selatan Iran yang terletak di timur Selat Hormuz.
00:55Agensi Berita Rasmi Iran IRNA memetik sumber tempatan sebagai melaporkan tiada kesan serangan dilaporkan di bandar itu mahupun di kawasan
01:04lain di wilayah Hormuzgan.
01:06Pada Khamis, IRNA turut melaporkan serangan yang disifatkan sebagai serangan musuh di bandar sirik Selatan Iran.
01:12IRGC kemudiannya mendakwa pemusnahkan radar amaran awal milik Amerika Syarikat di Bahrain sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas menara
01:20telekomunikasi di Sirik.
01:22Bagaimanapun, Komando Pusat Amerika Syarikat Sengkom menafikan dawaan itu dan memaklumkan dua drone serangan Iran yang menuju ke Bahrain berjaya
01:30dipintas tanpa sebarang kecederaan atau kerusakan.
01:34Selat Hormuz menghubungkan teluk dengan teluk Oman dan menjadi laluan penting bagi penghantaran minyak antarabangsa.
01:40Terima kasih telah menonton!