Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Tiga kapal tangki minyak dilaporkan terbakar selepas terlanggar periuk api ketika melalui laluan yang disekat Iran di Selat Hormuz.
Transcript
00:00Tiga kapal tangki minyak dilaporkan terbakar di Selahormus selepas telanggar periuk api ketika melalui laluan yang disekat oleh Iran.
00:07Menurut kenyataan Tentera Laut Korp Pengawala Revolusi Islam IRGC, insiden itu berlaku sejak awal pagi ahad dan melibatkan kapal-kapal
00:16yang didakwa menggunakan laluan tanpa kebenaran.
00:20Bagaimanapun pihak berkuasa Iran tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai identiti kapal, pemilik atau status anak kapal yang terlibat.
00:27Insiden itu berlaku di tengah ketegangan yang masih berlanjutan antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran sejak konflik tercetus pada 28
00:36Februari lalu.
00:38Pada tarikh tersebut, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan terhadap sasaran di Iran yang kemudiannya dibalas dengan serangan daripada Tehran.
00:47Walaupun pertempuran kini dilaporkan berkurangan, risiko konflik berskala besar masih belum berakhir.
00:52Ketegangan itu turut menjejaskan aktiviti perkapalan di silat hormus antara laluan maritim terpenting dunia bagi penghantaran minyak mentah, produk petrolium
01:01dan gas asli cecair.
01:03Selain itu, keadaan berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan harga bahan api di pelbagai negara.
01:08Terima kasih telah menonton!

Recommended