00:00Thailand sedang mengkaji langkah untuk memperkukuh pertahanannya terhadap ancaman keselamatan saiber yang baru muncul menyarsarkan sistem penyimpanan makanan dengan tumpuan
00:10kepada usaha melindungi pengekspor dan perniagaan makanan di negara itu.
00:15Perdana Menteri Thailand Nanutin Chan Virakul berkata beliau mengarahkan Kementerian Perdagangan menyiasat laporan mengenai serangan saiber terhadap sistem penyejukkan makanan
00:23di luar negara dan menilai potensi implikasinya terhadap Thailand.
00:30Anutin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata insiden melibatkan dawaan pengundaman sistem penyimpanan makanan untuk memanipulasi suhu sehingga menyebabkan makanan
00:39rosak itu merupakan satu bentuk ancaman saiber baru yang memerlukan perhatian lebih serius.
00:45Katanya agensi dibawah Kementerian Ekonomi Digital dan masyarakat mesti memastikan pengundaman dan penyalahgunaan teknologi saiber tidak mengganggu operasi tempatan.
00:55Beliau berkata perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet pada Selasa dengan agensi kerajaan berkaitan ditugaskan untuk memantau dan menanggani
01:04risiko yang mungkin timbul.
01:06Anutin berkata polis diraja Thailand dan Biro Siasatan Jenayah Saiber CCIB sedang memantau situasi itu sambil menekankan keperluan Thailand untuk
01:15terus mengkaji ancaman saiber yang baru muncul berkenaan.
01:18Pada Isnin, media melaporkan bahawa penjenayah saiber sekali lagi menyasarkan sistem penyejukkan di pasar raya Eropah sehingga menyebabkan suhu peti
01:27sejuk dan penyejuk beku meningkat.
01:30Anutin menyuarakan keyakinan bahawa agensi Thailand mempunyai keupayaan untuk mewujudkan langkah perlindungan yang sewajarnya serta melindungi perniagaan tempatan daripada ancaman
01:40teknologi seumpama itu.
Comments