00:00Baik bertemu semula, Polis Diraja Malaysia PDRM mengesahkan 130 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Pakistan di Rawalpindi baru-baru ini
00:09berhubung penglibatan mereka dalam sindiket jenayah cyber.
00:13Ketua Polis Negara Tan Sri Mahmoud Khalid Ismail berkata pihaknya sedang bekerja sama rapat dengan pihak berkuasa negara berkenaan melalui
00:21Kementerian Luar bagi mendapatkan butiran lengkap mengenai penahanan kesemua individu.
00:27Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman untuk tindakan susulan selain pasukan
00:36penyiasat berkemungkinan akan dihantar ke Pakistan bagi mendeliti perkembangan siasatan secara menyeluruh.
00:42Katanya ada di antara mereka yang ditahan mempunyai visa dan ada yang telah tamat tempoh dan kerajaan Pakistan membantu sebaik
00:49mungkin bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan sewajarnya.
00:53Ditanya mengenai identiti kesemua individu ditahan, beliau berkata senarai penuh profil individu terbabit belum diperoleh namun mereka disahkan sebagai pemegang
01:02pasport Malaysia yang merangkumi pelbagai kaum.
01:05Semalam, media Pakistan melaporkan Agensi Siasatan Jenayah Cyber Kebangsaan Pakistan NCCIA menyerbu sebuah pusat panggilan penipuan dalam talian di Kasa
01:15Tower, Bahriya Town, Fasa 8, Rawalpindi.