Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Seorang warga emas berusia 77 tahun maut selepas dilanggar dan digilis sebuah bas ketika melintas jalan di kawasan Terminal Bas MBKT Kuala Terengganu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali. Seorang warga emas maut selepas digilis sebuah bas ketika melintas jalan di kawasan terminal bas Majlis Bandarai Kuala
00:08Terengganu atau MBKT tengah hari semalam.
00:11Mangsa yang dikenali sebagai Mat Gani Mamat, 77 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
00:19Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisional Azli Muhammad Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika
00:26mangsa berjalan kaki selepas keluar dari sebuah kedai makan berhampiran.
00:31Menurutnya, ketika membelok bagi memasuki terminal bas berkenaan, bas tersebut gagal mengelak lalu terlanggar mangsa.
00:37Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:44Main mangsa telah dihantar ke Unit Forensi Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk proses bedah siasat dan tindakan lanjut.
00:51Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41, Kurungan 1, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Recommended