Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan di 18 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakatan Harapan PH menyasarkan kemenangan di 18 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Dun yang ditandingi pada pilihan rai negeri
00:09Melaka ke-16.
00:11Penambahan 3 kerusi daripada sasaran awal 21 kerusi itu dibuat selepas gabungan itu menilai perkembangan politik semasa serta keupayaan jentera
00:21dan calon yang bakal dipertaruhkan.
00:26Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adli Zahari berkata keputusan bertanding di 24 kerusi itu dibuat selepas Pakatan Harapan mengenalpasti beberapa lagi
00:36kawasan yang dilihat mempunyai potensi untuk dimenangi.
00:40Penilaian itu turut mengambil kira keupayaan calon, kekuatan jentera parti serta penerimaan pengundi di kawasan terlibat.
00:49So akhirnya kita di Majlis Presiden Pakatan Harapan kita membuat ketetapan bertanding pada peringkat awal 21 kerusi tapi oleh kerana
00:57kita lihat ada parti-parti politik yang tidak mengisi keperluan-keperluan itu dan kita lihat kita ada kemampuan untuk bertanding
01:05dengan calon-calon yang telah kita sediakan.
01:07So akhirnya kita mengambil keputusan untuk bertanding 24 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri.
01:15Adli turut menegaskan Pakatan Harapan tidak terlalu bimbang dengan pertindihan calon bersama-bersatu, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada kekuatan dan
01:24persiapan jentera sendiri.
01:27Jelasnya setiap parti mempunyai pertimbangan tersendiri dalam menentukan kerusi yang ingin ditandingi, justeru Pakatan Harapan memilih untuk memberi fokus kepada
01:3724 kerusi yang dipertaruhkan.

Recommended