00:00Kerajaan Madani melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
00:02sentiasa memberikan perhatian yang sangat serius
00:05terhadap isu kelewatan perbicaraan di Mahkamah Syariah khususnya
00:10melibatkan kes tuntutan dan tunggakan nafkah.
00:13Bagi menangani masalah ini, bahagian sokongan keluarga JKSM
00:17telah menguatkuasakan pelbagai mekanisme yang tegas
00:20seperti mana yang berikut.
00:22Yang pertama, penetapan indeks prestasi utama KPI
00:25penyelesaian kes yang ketat di mana sekurang-kurangnya
00:2875% daripada kes tunggakan nafkah wajib diselesaikan setiap tahun.
00:34Yang kedua, kerjasama strategik berasaskan pangkalan data
00:38bersama agensi seperti KWSP, Perkeso, LHDN dan JPN
00:44bagi mengesan lokasi terkini, status pekerjaan
00:47serta maklumat majikan baharu bagi penghutang penghakiman
00:51yang sengaja melarikan diri atau menyembunyikan maklumat.
00:55Kerjasama turut diperkukuh dengan Jabatan Imigresen Malaysia
00:58khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan waran tangkap
01:02serta keperluan pengesanan pihak yang berada di luar negara.
01:06Ketiga, pemantauan berkala dan tindakan pantas dalam tempoh 6 bulan
01:10selepas suatu perintah nafkah dikeluarkan
01:13sekiranya berlaku kemungkiran atau tunggakan pembayaran
01:17BSK akan bertindak pantas membantu pihak teraniaya
01:21memfailkan segera kes penguatkuasaan perintah.
01:24Yang keempat, pendidikan kesedaran dan pencegahan pengabayan nafkah
01:29supaya masyarakat memahami bahawa tanggungjawab nafkah ini
01:34iaitu hak isteri dan hak anak
01:36serta implikasi kegagalan mematuhi perintah mahkamah.
01:40Antara pendekatan yang dilaksanakan ialah
01:42menerusi program Ops Nafkah
01:45waris peduli, keluarga sejahtera
01:48yang menggabungkan elemen penguatkuasaan
01:51dengan advokasi dan pendidikan masyarakat.
01:54Untuk maklumat ahli yang berhormat,
01:56dalam program ini, masyarakat didedahkan
01:59berkenaan peranan ahli waris
02:01memenuhi kewajipan nafkah
02:03sekiranya bapak atau suami
02:06mengabaikan tanggungjawab mereka.
02:09Kelima, pencegahan awal dan pelindungan hak
02:12dalam institusi keluarga
02:14selaras dengan prinsip
02:15yang bermaksud menutup jalan
02:19yang membawa kepada kemudaratan
02:21JKSM turut mencadangkan mekanisme
02:23semakan rekod pengabayan nafkah
02:26bakal pasangan melalui bahagian sokongan keluarga.
02:30Manakala, bagi yang berhasrat untuk berpoligami pula
02:33permohonan perlu dibuat kepada mahkamah syariah.
02:36Kelulusan akan diberikan bergantung kepada beberapa syarat
02:39antaranya kemampuan kewangan
02:41dan tanggungjawab nafkah pemohon
02:43yang akan dinilai bagi memastikan
02:45hak serta kebajikan isteri
02:47dan anak-anak sedia ada
02:49serta bakal isteri terus dipelihara.
02:53Melalui pendekatan-pendekatan
02:54yang telah saya sebutkan tadi,
02:56kerajaan akan terus komited dalam memastikan
02:59kes-kes tunggakan nafkah dapat diselesaikan
03:01dalam tempoh yang lebih singkat
03:04dan berkesan insyaAllah.
03:05Sekian terima kasih.
03:09selamat menikmati.