Skip to playerSkip to main content
Punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun di Lebuh Rambai 13, Taman Seri Rambai, Paya Terubong di George Town masih disiasat termasuk kemungkinan mempunyai kaitan dengan projek pembangunan perumahan berhampiran.

Difahamkan, terdapat projek pembangunan perumahan di kawasan bukit berhampiran yang turut menjadi perhatian susulan kejadian itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801851/berita/semasa/lelaki-maut-tertimbus-tanah-runtuh-punca-dikaitkan-projek-perumahan-disiasat

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #tanahruntuh

Category

🗞
News
Transcript
00:00Punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan seorang lelaki warga emas
00:04berusia 73 tahun di Lebuh Rambai 13, Taman Seri Rambai Paya Terubung di Georgetown
00:09masih disiasat termasuk kemungkinan mempunyai kaitan dengan projek pembangunan perumahan berhampiran.
00:16Difahamkan terdapat projek pembangunan perumahan di kawasan bukit berhampiran
00:19yang turut menjadi perhatian susulan kejadian itu.
00:22Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Terubung, Wong Hon Wai,
00:26sebarang kaitan antara projek berkenaan dengan kejadian tanah runtuh itu
00:30belum dapat dipastikan dan masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.
00:35Hon Wai berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa dipercayai
00:39sedang menyediakan sarapan di bahagian dapur rumahnya
00:42sebelum tertimbus runtuhan tanah dari bahagian belakang kediaman.
00:46Menurut saksi yang juga isteri mangsa, dia bersama ibu mangsa berada di tingkat atas rumah
00:51sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dari bahagian bawah.
00:54Isteri mangsa kemudian bergegas turun untuk memeriksa keadaan
00:58sebelum mendapati bahagian belakang rumah mereka ditimbuni tanah runtuh.
01:02Susulan kejadian itu, pihak berkuasa sedang menjalankan penilaian teknikal
01:06bagi mengenalpasti punca runtuhan termasuk keadaan dan kestabilan cerun di kawasan berkenaan.
01:11Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugur Ramkarpal Singh
01:15berkata dianggarkan lokasi kejadian membabitkan 10 hingga 15 pemilik rumah
01:20dideretan berhampiran dinasihatkan supaya tidak menghampiri bahagian belakang kediaman masing-masing
01:25bagi mengelakkan risiko runtuhan susulan terutama ketika hujan masih berterusan.
01:30Penduduk bagaimanapun belum diarahkan mengosongkan rumah
01:33dan masih dibenarkan berada di bahagian hadapan kediaman
01:36sementara menunggu penilaian lanjut.

Recommended