00:00Dua wanita masing-masing didenda RM3,000 dan penjara lima hari di Mahkamah Magistrat Kota Tinggi pada Selasa atas kesalahan
00:08memalsukan satu dokumen iaitu sijil cuti sakit, MC, pada awal bulan ini.
00:14Hukuman ke atas Alia Maisara Hairul, 23 tahun, dan Nurin Atikah Kamaruddin, 22 tahun, dibuat Magistrat Nur Najihah Hamidi selepas
00:24kedua-dua mereka mengaku salah.
00:26Selain itu, Mahkamah turut menetapkan penjara tiga hari jika gagal bayar denda tersebut.
00:32Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa memalsukan satu dokumen iaitu sijil cuti sakit secara fraud yang mana diketahui bahawa sijil cuti
00:42sakit tersebut adalah palsu di sebuah kedai di Jalan Tun Sri Lanang.
00:46Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama
00:57Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
01:00Berdasarkan fakta kes, pada 5 Oktober 2026, pengadu merupakan pegawai perubatan dimaklumkan oleh staf klinik tersebut menyatakan terdapat individu memalsukan
01:11sijil cuti sakit yang ditandatangani atas nama pengadu sebelum pengadu kemudian membuat laporan polis di Kota Tinggi.
01:19Pada 2 Oktober lalu, majikan Alia Maisarah dimaklumkan bahawa dirinya diberikan sijil cuti sakit atas nama tertuduh, namun majikan berasa
01:29curiga dan membuat semakan lanjut dengan klinik terlibat.
01:33Hasil semakan mendapati bahawa sijil cuti sakit merupakan sijil cuti sakit yang palsu sebelum majikan tertuduh bertindak membuat laporan polis
01:42di Senai.
01:43Susulan itu, polis telah menahan kedua-dua tertuduh pada 18 Oktober lalu di Kota Tinggi.
01:49Terima kasih kerana menonton!